Mengenali Masalah Melalui Kaunselingflurline.gif (2300 bytes)Barblue.gif (11170 bytes)

    Secara umumnya,kaunseling dimengertikan sebagai satu sesi perbicaraan  dan perundingan yang berterus-terang tetapi formal diantara dua orang atau dikalangan beberapa  orang.Seorang daripadanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam bidang komunikasi dan cekap berinteraksi bergelar kaunselor,yang memainkan peranan utama dalam sesi itu bagi mencari jalan penyelesaikan seperti yang dikehendaki oleh kelayan.Perbincangan ini menuju kepada penghasilan ketetapan-ketetapan yang akan dilaksanakan oleh kelayan bagi mendapatkan perubahan positif pada dirinya.
    Definasi di atas menjelaskan bahawa dalam kaunseling yang ditekankan ialah perbincangan yang dan perundingan.Dari proses ini akan lahir maklumat-maklumat yang hampir untuk digarap menjadi kesimpulan-kesimpulan atau ketetapan yang diterima sepenuhnya oleh pihak yang memerlukannya.Terserah kepada pihak kelayan sendiri untuk melaksanakan ketetapan-ketetapan itu demi memperolehi apa yang dihajati.Adalah menjadi harapan bagi pihak kaunselor agar semua lunas-lunas yang telah dicapai itu,diamalkan dan dihayati oleh kelayan.Andainya kelayan merasa bahagia selepas sesi kauseling itu,maka kauselor akan merasa demikian juga.
    Manusia dalam menjalani hidupnya,pasti bertembung dengan berbagai masalah.Lahirnya permasalahan ini adalah hasil daripada ketidak keseimbangan diantara kemajuan diri manusia itu ( fizikal,mental dan rohani ) dan kemajuan orang lain dan alam sekitar.Lazimnya kekurangan dipihak individu itulah yang menjadi punca wujudnya masalah.Sesetangah masalah itu dapat diatasi sendiri,sesetengah masalah pula perlu kepada intervensi ( campur tangan )orang lain.Dalam situasi ini kauselor adalah diperlukan bagi membantu menyelesaikannya.
    Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab menusia yang bermasalah mendampingi kauselor bagi mengatasi masalahnya.Akan tetapi keadaan ini tidak kerap berlaku terutama kepada pelajar-pelajar sekolah,kerana ianya dikongkong oleh perasan malu dan segan untuk berbuat demikian.Namun begitu keadaan tersebut tidak harus dibiarkan berterusan,oleh itu peranan orang ketiga adalah diperlukan untuk merujukkan individu tersebut kepada kauselor.
    Umun berpendapat bahawa setiap individu yang sukar memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam bidang-bidang yang diceburi adalah disebabkan masalah fizikal,mental emosi dan rohani.Melalui proses kaunseling punca-punca permasalahan dapat dikenal pasti sekiranya sesi tersebut berjalan dalam suasana penuh kemesraan,keikhlasan,kejujuran dan tanggungjawab.Apabila suasana ini telah diwujudkan maka kalian haruslah berusaha mengatasi masalahnya bagi memberi laluan mudah kearah pencapaian objektifnya.Dengan pendekatan kauseling semua masalah yang menjadi lintangan kepada pencapaian matlamat kendiri individu dapat diatasi sekiranya individu itu mempunya kemahuan dan kesungguhan serta kerjasama dengan kaunselor. Ini menegaskan bahawa individu kelayan itu sendiri mestilah sanggup memikul bebanan yang berat dan mencabar bagi mengubah dirinya.
    Kaunseling adalah satu alat atau kaedah untuk membantu meyelesaikan permasalahan kelayan yang tidak menjaminkan pencapaian segara kesan yang diharapkan. Sebaliknya kaunseling adalah satu perkhidmatan di mana perkhidmatan di mana situasi-situasi yang selesa diwujudkan.
    Keberkesanan kaunseling adalah berhubung rapat dengan kerjasama antara kauselor dan kelayan seperti:

    a.Kelayan mesti mempunyai niat untuk berubah.
    b.Kelayan bersedia untuk mendengar dan menganalisa diri untuk kauselor.
    c.Kaoselor mempunyai kewibawaan.
    d.saling menghormati antara kelayan dan kauselor.
    e.Jujur dan ikhlas.
    f.Kelayan melaksanakan sepenuh ketetapan-ketetapan kaunseling.

    Kelayan yang telah menjalani sesi kauseling,mestilah segera berusaha mengubah dirinya berdasarkan panduan-panduan yang telah diterima,mengekekalkan perubahan perilaku itu dan cuba mengkaunselingkan diri apabila menghadapi masalah.
    Mengatasi masalah merupakan satu daripada beberapa tujuan kauseling.Kelayan akan menghadapi masalah rumit perlu menjalani beberapa sesi kauseling bagi mengenal pasti masalah intisari permasalahan itu.Walaupun semua masalah dikenal pasti,kauseling itu belum dikatakan berjaya.Ia bergantung penuh kepada kelayan apakah ia mahu mengubah dirinya,kerana keupayaan kaunseling itu dalam mengatasi masalah kelayan,banyak bergantung kepada individu itu.kelayan mesti bersikap positif dan sanggup berkorban untuk mencapai apa yang dihajati.

"TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESEORANG
SEKIRANYA IA SENDIRI TIDAK BERUSAHA MENGUBAHNYA."

 

backclr.gif (6135 bytes)